checkAd

     493  0 Kommentare McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau

    OAK BROOK, Ill., March 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pemberi francais dan pembekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada restoran dan pejabat McDonald's sebanyak 36% menjelang 2030 bermula dari tahun dasar 2015 dalam strategi baharu untuk menangani perubahan iklim global. Tambahan lagi, McDonald's mengikat janji untuk mengurangkan keamatan pelepasan gas sebanyak 31% (per tan metrik makanan dan pembungkusan) di seluruh rantaian pembekalnya menjelang 2030 daripada tahap 2015. Gabungan sasaran ini telah diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berdasarkan Sains(SBTi).

    Melalui tindakan ini, McDonald's dijangka untuk menghalang pelepasan 150 juta tan metrik gas rumah hijau ke atmosfera menjelang 2030. Jumlah ini bersamaan dengan mengeluarkan 32 juta kereta penumpang dari jalan selama setahun atau menanam 3.8 bilion batang pokok dan membiarkannya membesar selama 10 tahun. Sasaran ini akan membolehkan McDonald's berkembang sebagai perusahaan tanpa meningkatkan pengeluaran gas.

    Anzeige 
    Handeln Sie Ihre Einschätzung zu McDonald's!
    Long
    252,95€
    Basispreis
    0,18
    Ask
    × 12,39
    Hebel
    Short
    290,15€
    Basispreis
    1,87
    Ask
    × 11,92
    Hebel
    Präsentiert von

    Den Basisprospekt sowie die Endgültigen Bedingungen und die Basisinformationsblätter erhalten Sie bei Klick auf das Disclaimer Dokument. Beachten Sie auch die weiteren Hinweise zu dieser Werbung.

    “Untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk bumi, kita semua mesti melibatkan diri. McDonald’s memainkan peranannya dengan menetapkan matlamat untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau demi menangani cabaran perubahan iklim global,” kata Steve Easterbrook, Presiden dan CEO McDonald’s yang mengumumkan rancangan tersebut dalam video yang disiarkan oleh syarikat. “Untuk mencapai matlamat ini, kami akan membekalkan makanan kami secara bertanggungjawab, menggalakkan tenaga boleh diperbaharui dan menggunakannya dengan efisien serta mengurangkan sisa dan meningkatkan kitar semula.”

    Untuk mencapai sasarannya, McDonald’s akan menjadikan rantaian pembekal, pejabat dan restorannya lebih inovatif dan efisien menerusi peningkatan seperti pencahayaan LED, kelengkapan dapur jimat tenaga, pembungkusan lestari, kitar semula restoran dan meningkatkan serta menyokong amalan pertanian lestari. Dengan kerjasama bersama ribuan pemberi francais, pembekal dan pengeluar, McDonald’s akan mengutamakan tindakan pada segmen jejak karbonnya yang terbesar: pengeluaran daging lembu, penggunaan dan penyumberan tenaga restoran, pembungkusan serta sisa. Gabungan segmen ini menghasilkan lebih kurang 64% pengeluaran gas global McDonald's.

    Seite 1 von 3


    Diskutieren Sie über die enthaltenen Werte



    Verfasst von Marketwired
    McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau OAK BROOK, Ill., March 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pemberi francais dan pembekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada restoran dan pejabat McDonald's sebanyak …

    Schreibe Deinen Kommentar

    Disclaimer