checkAd

     492  0 Kommentare Peperiksaan GMAT yang Lebih Pendek Dilancarkan pada 16 April

    RESTON, Va., April 05, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah memendekkan jangka masa peperiksaan GMAT sebanyak 30 minit sebagai sebahagian daripada fokus berterusan untuk mencipta pengalaman pengujian terbaik dan menawarkan ciri mesra pengguna. Peperiksaan baharu yang lebih pendek selama 3.5 jam dan bukannya 4 jam, akan tersedia untuk pengambil ujian di seluruh dunia bermula daripada 16 April.

    Kualiti peperiksaan kekal tidak berubah dari segi kebolehpercayaan, kesahihan, keselamatan dan integriti. Markat GMAT sebelum dan selepas perubahan ini akan kekal sama dan setanding merentasi masa.

    “Kami sentiasa mencari cara untuk membantu membina keyakinan calon dan memperkemas pengalaman ujian, semuanya dengan satu matlamat iaitu untuk membantu pengambil ujian GMAT membuat yang terbaik pada hari peperiksaan mereka,” kata Vineet Chhabra, pengarah kanan pengurusan produk untuk GMAC. “Kami percaya calon akan kurang resah dan rasa lebih bersedia, ini akan menyumbang kepada refleksi lebih baik pada prestasi sebenar mereka dalam peperiksaan.”

    Penjimatan masa dicapai dengan memperkemas dua bahagian peperiksaan yang lebih panjang, bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa, mengurangkan jumlah soalan penyelidikan yang tiada markat dalam bahagian ini. Beberapa tutorial dan arahan skrin yang pengambil ujian lihat di pusat ujian juga telah diringkaskan. Tiada perubahan pada bahagian Penulisan Beranalisis atau Taakulan Bersepadu peperiksaan. Cara peperiksaan GMAT dimarkatkan, kandungan peperiksaan, jenis soalan dan purata masa per soalan tidak berubah.

    “Melalui maklum balas pasaran berterusan dan kajian semula operasi, kami dapat mengenal pasti peluang untuk memendekkan peperiksaan ini, tanpa mengubah kebolehpercayaannya,” kata Chhabra. “Perubahan ini tidak akan mempengaruhi pemarkatan peperiksaan GMAT oleh kerana jumlah markat soalan tidak akan berubah. Algoritma permarkatan akan kekal sama; Jumlah Markat dan markat bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa individu akan setanding dengan peperiksaan yang diambil sebelum perubahan ini. Tiada tindakan atau perubahan diperlukan daripada bahagian sekolah perniagaan atau universiti. Kami memberikan pengalaman pengujian yang lebih baik kepada calon, dalam masa yang sama memberikan sekolah perniagaan permarkatan yang berkualiti tinggi, adil dan kebolehpercayaan yang sama.”

    Seite 1 von 2




    Verfasst von Marketwired
    Peperiksaan GMAT yang Lebih Pendek Dilancarkan pada 16 April RESTON, Va., April 05, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah memendekkan jangka masa peperiksaan GMAT sebanyak 30 minit sebagai sebahagian daripada fokus berterusan untuk mencipta pengalaman pengujian terbaik …