checkAd

     539  0 Kommentare McDonald’s Mengumumkan Komitmen Global untuk Menyokong Keluarga Dengan Fokus Dipertingkatkan pada Happy Meals - Seite 2

    Ketika ini, 28 peratus gabungan Happy Meal yang ditawarkan pada papan menu di 20 pasaran utama memenuhi kriteria nutrisi baharu tersebut. Untuk mencapai matlamat 50 peratus atau lebih, pasaran akan menambah tawaran menu baharu, merumus atau mengeluarkan tawaran menu daripada bahagian Happy Meal pada papan menu. Sebagai contoh, McDonald’s Itali pada bulan lepas menawarkan entree Happy Meal yang baharu dipanggil “Junior Chicken”, iaitu sandwic dengan protein tanpa lemak (ayam bergril). McDonald’s Australia kini sedang meneroka pilihan sayur-sayuran dan daging tanpa lemak baharu dan McDonald’s Perancis sedang melihat tawaran sayur-sayuran baharu.

    2. Bahan Yang Dipermudah

    Anzeige 
    Handeln Sie Ihre Einschätzung zu McDonald's!
    Long
    244,57€
    Basispreis
    2,87
    Ask
    × 8,93
    Hebel
    Short
    305,28€
    Basispreis
    0,30
    Ask
    × 8,54
    Hebel
    Präsentiert von

    Den Basisprospekt sowie die Endgültigen Bedingungen und die Basisinformationsblätter erhalten Sie bei Klick auf das Disclaimer Dokument. Beachten Sie auch die weiteren Hinweise zu dieser Werbung.

    Oleh sebab selera dan keutamaan pengguna yang sentiasa berubah, pasaran akan mengutamakan Happy Meal dan mempermudahkan bahan dengan mengeluarkan perasa tambahan, pewarna yang ditambah daripada sumber tiruan, serta mengurangkan pengawet tiruan sebanyak yang boleh.  Pada 2016, McDonald’s A.S. telah mengeluarkan pengawet tiruan daripada Chicken McNuggets, yang juga tidak mempunyai perasa dan pewarna buatan, serta Chicken McNuggets daripada McDonald’s Perancis dan Kanada tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tiruan.

    3. Kekal Jelas dengan Maklumat Nutrisi Happy Meal

    Syarikat telah melakukan usaha berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna untuk mendapatkan akses mudah kepada maklumat nutrisi bagi menu yang disajikan dengan matlamat untuk memastikan maklumat nutrisi untuk Happy Meal tersedia dan boleh diakses melalui semua tapak web yang dimiliki oleh McDonald’s dan aplikasi mudah alih yang digunakan untuk membuat pesanan di mana ia tersedia.

    4. Pemasaran Yang Bertanggungjawab

    Di bawah matlamat baharu, semua berkas Happy Meal yang diiklankan kepada kanak-kanak akan memenuhi kriteria nutrisi global baharu McDonald’s dan akan berterusan memenuhi sebarang jaminan pengiklanan setempat/serantau terutamanya hal yang berkaitan dengan pemasaran kepada kanak-kanak.

    5. Mengumpil pemasaran inovatif untuk membantu meningkatkan pembelian makanan dan minuman yang mengandungi kumpulan makanan yang disyorkan dalam Happy Meal

    McDonald’s mengenal pasti peluang yang dimilikinya untuk memberikan impak positif menggunakan saiz dan skalanya untuk mengumpil pemasaran inovatif, termasuk pembungkusan dan promosi serta penggunaan teknologi baharu, seperti kiosk dan aplikasi mudah alih, untuk membantu menyajikan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan minuman di dalam Happy Meal. Matlamat ini membawa tindakan ini satu langkah ke depan untuk menyertakan komponen ukuran dan seterusnya berkongsi amalan terbaik dan hasilnya kepada pihak luar dengan cara yang jelas.

    Seite 2 von 5


    Diskutieren Sie über die enthaltenen Werte



    Verfasst von Marketwired
    McDonald’s Mengumumkan Komitmen Global untuk Menyokong Keluarga Dengan Fokus Dipertingkatkan pada Happy Meals - Seite 2 OAK BROOK, Ill., Feb. 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s (NYSE:MCD) mengumumkan komitmen yang diluaskan kepada keluarga, menyokong pelan pertumbuhan jangka masa panjang syarikat dengan mengumpil capaiannya untuk memberi kesan …

    Schreibe Deinen Kommentar

    Disclaimer