checkAd

     371  0 Kommentare GMAC Melancarkan Inisiatif ‘Belajar di China’ Sempena Perkongsian dengan 11 Sekolah Perniagaan Terkemuka China - Seite 2


    En. Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC mengumumkan bahawa GMAC berbesar hati untuk mencipta peluang pendidikan perniagaan untuk bakal pelajar. Beliau percaya yang “Langkah ini akan menemukan bakat luar negara dengan peluang yang tepat untuk cemerlang di sekolah dan program perniagaan terkemuka China di samping memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar sepanjang tempoh masa pengajian luar negera mereka.” En. Chowfla menekankan pemerhatian GMAC selama beberapa tahun ini bahawa China mempunyai potensi “untuk menjadi destinasi pembelajaran paling popular.” Menurut beliau, inisiatif “Belajar di China” bertujuan untuk meningkatkan profil sekolah perniagaan di China dan mempamerkan nilai pendidikan perniagaan kepada calon antarabangsa.
    Profesor Lu Xiongwen, Dekan Fakulti Pengurusan di Fudan University melahirkan ucapan tahniah atas pelancaran inisiatif baharu tersebut dan mengalu-alukan bakal pelajar yang ingin datang belajar di China. Beliau memetik peribahasa Cina yang bermaksud, “Amalan lebih mendalam daripada pengetahuan teori,” menandakan bahawa program-program ini akan membuka pintu kepada pemahaman baharu. “Saya percaya pengalaman pengajian ini akan menunjukkan kepada anda gambaran keseluruhan trend ekonomi China pada masa kini dan akan datang, keunikan model perniagaan China dan juga ciri berbeza pasaran China dan pasaran global,” kata Prof. Lu. “Anda juga akan memperolehi peluang untuk mempelajari dan menghargai budaya China yang dipenuhi sejarah beribu tahun lamanya.”
    Professor Kar Yan Tam, Dekan HKUST Business School juga memberi komen tentang inisiatif tersebut. “China akan kekal sebagai enjin pertumbuhan besar dunia pada masa akan datang, dengan pembaharuan untuk membolehkan ekonominya memupuk potensi baharu dan untuk inisiatif Belt and Road membawakan momentum berterusan kepada rantau itu.” Beliau juga menekankan bahawa “Pelajar bukan sahaja perlu menerima pendidikan perniagaan antarabangsa terbaik demi mendapatkan perspektif global, mereka perlu mencari peluang untuk merasai keaktifan China. Hong Kong ialah bandar antarabangsa yang dinamik di mana pelajar boleh merasai campuran unik Timur dan Barat. Bandar tersebut juga terletak di barisan hadapan pendidikan perniagaan dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang kaya dan pelbagai bagi menyediakan pelajar untuk kerjaya yang mekar di China dan lebih lagi.”
    Seite 2 von 3





    Verfasst von Marketwired
    GMAC Melancarkan Inisiatif ‘Belajar di China’ Sempena Perkongsian dengan 11 Sekolah Perniagaan Terkemuka China - Seite 2 BEIJING dan HONG KONG, June 22, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 22 Jun, Graduate Management Admission Council (GMAC) berganding bahu dengan 11 sekolah perniagaan terkemuka di China untuk melancarkan inisiatif “Belajar di China”. Perkongsian ini …