checkAd

     493  0 Kommentare McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau - Seite 2



    Meneruskan momentum program sedia ada berkenaan hutan, pertanian dan penjimatan tenaga, McDonald’s dan rakan kongsinya akan terus mencari penyelesaian praktikal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menskalanya. Dalam komitmennya terhadap ketelusan, McDonald’s akan mengembangkan sistem pengukurannya dan menyatakan kemajuan, cabaran dan matlamatnya setiap tahun.

    “Kemajuan alam sekitar tidak berlaku sendiri, ia memerlukan usaha kita semua,” kata Fred Krupp, Presiden Dana Pertahanan Alam Sekitar. “Sebagai salah satu jenama terkenal di dunia, McDonald's berada di kedudukan yang mantap untuk memimpin dan sasaran iklim baharunya akan mengilhamkan inovasi, kerjasama dan yang paling penting, pengurangan gas rumah hijau di seluruh operasi dan rantaian pembekal global syarikat tersebut.”   

    Usaha McDonald’s untuk memelihara bumi dan masyarakat telah menjangkau hampir tiga dekad, termasuklah penubuhan usahasama baharu dengan Dana Pertahanan Alam Sekitar (EDF) untuk pembungkusan dan pengurangan sisa. Lebih baru, pada tahun 2014, McDonald's mengeluarkan Pernyataan Pendirian Tenaga dan Iklim yang menetapkan pandangan syarikat tersebut terhadap pengambilan langkah usahasama yang berkesan bagi menangani perubahan iklim. Tambahan lagi, pada tahun 2015, McDonald’s membangunkan Komitmen Hutan yang menangani kesan rantaian pembekal pada pembasmian hutan. Tindakan ini mengukuhkan asas strategi iklim McDonald’s kerana pembasmian hutan menghasilkan 15% daripada pelepasan gas rumah hijau global. 

    “Jejak McDonald's terdapat di seluruh dunia. Pengumuman mereka penting kerana ia menyatakan kesanggupan salah satu syarikat terbesar dunia, dengan keseluruhan sistem kedai makanan segeranya, untuk bertindak mengurangkan pelepasan gas secara signifikan berdasarkan sains. Tindakan tersebut juga bersesuaian dengan keputusan mereka untuk menyertai gerakan We Are Still In bersama ribuan syarikat lain di seluruh AS,” kata Carter Roberts, Presiden dan CEO Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Amerika Syarikat. “Walaupun usaha sektor swasta tidak dapat menyelesaikan krisis iklim yang dihadapi bumi kita sepenuhnya, pengumuman signifikan seperti ini dan usahasama seperti ini dalam menangani perubahan iklim mencipta momentum dan pergerakan ke arah skala penyelesaian yang kita perlukan.”

    Lesen Sie auch

    Seite 2 von 3



    Diskutieren Sie über die enthaltenen Werte




    Verfasst von Marketwired
    McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau - Seite 2 OAK BROOK, Ill., March 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pemberi francais dan pembekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada restoran dan pejabat McDonald's sebanyak …

    Schreibe Deinen Kommentar

    Disclaimer