checkAd

     493  0 Kommentare McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau - Seite 3



    Pelancaran sasaran berdasarkan sains ini merupakan langkah terkini McDonald’s untuk membuat perubahan dan menggunakan Skalanya untuk Kebaikan.

    “McDonald’s telah menghantar pernyataan yang kuat dengan menjadi restoran pertama yang menetapkan sasaran pelepasan gas rumah hijau berdasarkan sains. Para pemimpin McDonald’s memahami bahawa kita tidak perlu meningkatkan pelepasan gas untuk mengembangkan syarikat,” kata Andrew Steer, Presiden & CEO Institut Sumber Dunia (WRI), salah satu rakan inisiatif Sasaran Berdasarkan Sains. “Dengan bekerjasama dengan pembekal untuk mencipta dan menskala amalan pertanian yang lebih mampan dan mengurangkan sisa, McDonald's akan mengorak langkah yang lebih baik untuk francaisnya, pelanggan dan alam sekitar. WRI menggesa McDonald's mencari peluang tambahan untuk menyelaraskan model perniagaan dan rantaian nilainya dengan realiti dunia sumber terbatas. Kami sedia menyokong syarikat untuk mencapai matlamat yang akan menghasilkan pelanggan yang lebih sihat dan planet yang lebih mapan.”

    Inisiatif Sasaran Berdasarkan Sains (SBTi) merupakan kerjasama antara WRI, WWF, CDP (sebelum ini dikenali sebagai Projek Pendedahan Karbon) dan United Nations Global Compact yang membantu syarikat menentukan jumlah pelepasan gas yang harus dikurangkan untuk membantu menangani perubahan iklim.

    Berlandaskan sejarah yang lama dengan industri daging lembu, McDonald’s mengeluarkan matlamat 2020 untuk kemampanan daging lembu pada tahun 2017. Tindakan ini menjadi asas langkah seterusnya untuk bekerjasama dengan pengeluar daging lembu dan rakan kongsi industri untuk mengenal pasti, berkongsi dan menskala amalan pengeluaran daging lembu yang paling mampan secara proaktif. Pada tahun 2018, McDonald’s telah pun melancarkan matlamat pembungkusan dan kitar semula baharu dan mengukuhkan komitmennya untuk menyokong keluarga.

    Perihal McDonald’s
    McDonald's adalah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan lebih daripada 37,000 lokasi di 120 pasaran di seluruh dunia. Lebih daripada 90 peratus restoran McDonald di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh ahli perniagaan tempatan bebas lelaki dan wanita.

    HUBUNGAN MEDIA

    Terri Hickey, 773-655-3035
    terri.hickey@us.mcd.com

     

    Seite 3 von 3



    Diskutieren Sie über die enthaltenen Werte




    Verfasst von Marketwired
    McDonald's Menjadi Syarikat Restoran Pertama yang Menetapkan Sasaran Berdasarkan Sains yang Diluluskan untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau - Seite 3 OAK BROOK, Ill., March 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald’s mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pemberi francais dan pembekal untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada restoran dan pejabat McDonald's sebanyak …

    Schreibe Deinen Kommentar

    Disclaimer