checkAd

     308  0 Kommentare Graduate Management Admission Council Memperoleh Syarikat Penerbitan Dalam Talian BusinessBecause yang Bertapak di UK

    RESTON, Va., April 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global telah memperoleh syarikat penerbitan dalam talian BusinessBecause yang bertapak di UK.

    Selari dengan misinya, GMAC komited secara aktif untuk menyediakan penyelesaian baharu untuk membantu calon dan sekolah mengenal pasti, menilai dan berhubung antara satu sama lain. Dianggarkan pada satu-satu masa, lebih daripada dua juta calon mempertimbangkan pengajian pendidikan dalam pengurusan. Namun, sebahagian besar mengabaikan pencarian mereka separuh jalan, yang mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk meneruskannya.

    Pemerolehan ini mewakili pengembangan portfolio produk dan perkhidmatan GMAC dalam membantu memupuk calon sepanjang perjalanan mereka. Dengan maklumat yang lebih banyak sebagai panduan, pelajar prospektif mampu membuat keputusan yang lebih baik daripada saat mereka mempertimbangkan pengajian ijazah hingga ke saat mereka masuk ke fasa permohonan. Kandungan menarik yang diterbitkan oleh BusinessBecause akan membantu pelajar-pelajar ini untuk mengenal pasti sekolah yang sesuai semasa fasa pertimbangan dan pemilihan yang kritikal dalam perjalanan mereka. Penceritaan yang BusinessBecause terbitkan mengabadikan kehidupan pelajar, peluang kerjaya serta inovasi dan trend sekolah, semua yang mampu menginspirasikan dan mengurangkan jumlah pelajar prospektif yang mungkin mengabaikan pencarian mereka separuh jalan.

    “BusinessBecause telah membina reputasi kukuh untuk membantu sekolah perniagaan menunjukkan apa yang menjadikan mereka unik kepada calon dan menyediakan maklumat yang berguna kepada calon dalam perjalanan mempertimbangkan pengajian pendidikan pengurusan,” kata Betty Su, Ketua Pegawai Pemasaran di GMAC. “Platform mereka bukan hanya membantu sekolah untuk menonjol, ia juga menyokong matlamat kami dalam memastikan tiada bakat dibiarkan tidak ditemui. Melalui pemerolehan ini, GMAC merancang untuk memelihara sumbangan positif yang mereka berikan pada komuniti pengajian pendidikan pengurusan dan melaburkan sumber tambahan untuk sekolah dan calon.”

    Seite 1 von 2




    Verfasst von Marketwired
    Graduate Management Admission Council Memperoleh Syarikat Penerbitan Dalam Talian BusinessBecause yang Bertapak di UK RESTON, Va., April 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan tanpa untung untuk peneraju sekolah perniagaan global telah memperoleh syarikat penerbitan dalam talian BusinessBecause yang bertapak di UK. …

    Schreibe Deinen Kommentar

    Disclaimer