checkAd

     339  0 Kommentare Pertumbuhan Serantau yang Kukuh dalam Permintaan untuk Pendidikan Pengurusan Siswazah

    RESTON, Va., Oct. 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Secara keseluruhan, permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017 menurut dapatan Tinjauan Trend Aplikasi Tahunan dari Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah. Permohonan ke program institut perniagaan di pasaran Asia-Pasifik, Eropah dan Kanada adalah lebih dari tahun 2017 manakala program di Amerika Syarikat melaporkan penurunan dalam jumlah. 

    Selain jenis program institut perniagaan siswazah—termasuk MBA, sarjana perniagaan, dan program PhD—kebanyakan program di Asia Pasifik, Kanada dan Eropah menerima lebih banyak permohonan berbanding tahun lepas. Pertumbuhan di rantau Kanada dan Eropah sebahagian besarnya diperoleh daripada peningkatan dalam permohonan antarabangsa, sementara pertumbuhan domestik mencetuskan peningkatan di Asia Pasifik. 

    Pertumbuhan serantau yang kukuh dalam jumlah permohonan merentas semua jenis program telah diimbangi oleh penurunan di Amerika Syarikat.  Program di Asia-Pasifik meningkat 8.9%, Kanada mengalami pertumbuhan 7.7%, dan Eropah dengan kenaikan permohonan sebanyak 3.2% dalam semua jenis program.

    Amerika Syarikat mengalami penurunan hampir 7%, termasuk penurunan 1.8% dalam jumlah permohonan domestik dan penurunan 10.5% dalam jumlah antarabangsa untuk semua jenis program.

    “Permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil tahun demi tahun,” ujar Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Walau bagaimanapun, terdapat variasi serantau yang ketara. Program-program bukan A.S. terus berkembang, menonjolkan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang lebih baik di luar Amerika Syarikat.” 

    “Beberapa faktor dapat membantu menjelaskan kelambatan dalam permintaan institut perniagaan A.S.,” ujar Chowfla lagi.  “Kadar pengangguran yang rendah bermakna profesional muda mempunyai kos peluang yang lebih tinggi untuk meninggalkan pekerjaan mereka dalam mengejar ijazah lanjutan.  Ditambahkan lagi dengan suasana politik Amerika yang mengganggu dan kemunculan peluang pendidikan dan profesional yang luar biasa di luar negara sepanjang dekad yang lalu, seseorang boleh mula memahami sebab permintaan di Amerika Syarikat telah menurun daripada jumlah permohonan rekod yang tinggi di beberapa institut.

    Seite 1 von 3




    Verfasst von Marketwired
    Pertumbuhan Serantau yang Kukuh dalam Permintaan untuk Pendidikan Pengurusan Siswazah RESTON, Va., Oct. 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Secara keseluruhan, permintaan untuk pendidikan pengurusan siswazah adalah stabil pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017 menurut dapatan Tinjauan Trend Aplikasi Tahunan dari Majlis Kemasukan …